Pembangunan pesat dalam teknologi pada abad ke-21
telah mendedahkan generasi kini kepada inovasi-inovasi baru dalam teknologi.
Perubahan ketara dalam sistem teknologi maklumat seperti perkembangan
masyarakat, telah memberikan kesan yang besar terhadap pendidikan. Teknologi
memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanan dalam aktiviti-aktiviti
pentadbiran dan proses PdPc.
Whitehead,
Jensen & Boschee (2003) menyatakan bahawa terdapat beberapa cabaran besar
dalam pengalaman mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan sesebuah institusi.
Terdapat segelintir individu meragui keupayaan pengintegrasian teknologi dalam
pendidikan dapat mencapai matlamat sesebuah institusi. Bagi memastikan
keberkesanan teknologi dalam memberi arahan atau dalam proses pendidikan,
pelaksanaan serta penggunaan sesuatu kaedah haruslah dilakukan dengan teliti
dan tertib seperti yang dirancang.
Penggunaan
teknologi dalam pendidikan melalui pengintegrasiannya dapat meningkatkan
penulisan murid dan juga meningkatkan pembelajaran koperatif. Selain dapat meningkatkan
integrasi kurikulum, ianya juga dapat membantu dalam kepelbagaian strategi gaya
pembelajaran, serta meningkatkan hubungan masyarakat, seterusnya meningkatkan
pembelajaran secara global seperti yang dinyatakan dalam kajian Whitehead et al. (2003).
Rajah 1: Model TIP oleh Roblyer 2006
Penggunaan
model Perancangan Integrasi Teknologi (TIP) sebagai panduan di mana guru
menilai dirinya sendiri dan memperoleh pemahaman yang mendalam mengenai
populasi pelajar dan tahap pembelajaran mereka. Model TIP oleh Roblyer (2006)
dalam rajah 1 merupakan satu alat yang digunakan sebagai panduan untuk guru merancang
pengintegrasian teknologi dalam pdpc. Terdapat 5 fasa penting dalam memastikan
keberkesanan penggunaan TIP.
Fasa
1, guru perlu mengenalpasti kelebihan relatif serta jelas akan masalah
pembelajaran yang perlu diselesaikan dengan teknologi komputer berdasarkan
beberapa aras iaitu teknologi, perwakilan dan pemilihan perwakilan maklumat. Pada aras teknologi, guru perlu mengenalpasti
ciri sesuatu teknologi berbanding teknologi yang lain. Di aras perwakilan pula,
guru perlu mengenalpasti bentuk perwakilan maklumat sama ada dalam bentuk teks,
grafik, animasi, audio dan video. Aras terakhir guru perlu memilih perwakilan
maklumat yang sesuai dengan keupayaan manusia memproses maklumat.
Fasa
2, guru perlu menentukan objektif pengajaran dengan berpandukan kepada huraian
sukatan pelajaran dan ianya mestilah boleh dinilai dan diukur. Terdapat 3 aspek
yang perlu diukur iaitu tingkahlaku, aras kemahiran dan kandungan. Kaedah
pengukuran yang boleh digunakan adalah ujian bertulis, senarai semak dan soal selidik
skala likert.
Fasa
3 pula, guru perlu merekabentuk strategi pengintegrasian. Strategi yang dipilih
mestilah berpandukan kepada masalah pembelajaran yang telah dikenalpasti serta
teknologi yang akan digunakan bagi menyokong menyelesaikan masalah berkenaan. Pemilihan
strategi akan mempengaruhi jenis teknologi yang digunakan.
Fasa
4, guru perlu menyediakan persekitaran yang mempunyai kemudahan peralatan dalam
menyampaikan pdpc seperti perisian dan media yang mencukupi, masa penggunaan
sumber, keperluan khas pelajar, serta perancangan penggunaan teknologi.
Fasa 5,
guru perlu menilai dan mengkaji semula strategi integrasi dapat membantu
memperbaiki kesilapan dan kekurangan strategi yang digunakan. Terdapat 2 elemen
penting dalam melakukan penilaian iaitu penilaian objektif pembelajaran yang
mana boleh disemak melalui kuiz atau pembentangan. Elemen kedua merupakan
penilaian daripada murid.
RUJUKAN
John, S. P. (2015). The integration of information technology in higher
education: A study of
faculty's attitude towards IT adoption in the teaching
process. Diperoleh pada 3
November 2019 daripada
Whitehead, M. Jensen, B., N. Boschee, D. F., & Floyd. (2002). Planning for
Technology: A Guide for School Administrators, Technology
Coordinators, and